10.19 p.m 19 april 2008
Petang tadi, saya g majlis perpisahan dan solat hajat dekat Taman Universiti. Sebenarnya selama hampir satu tahun saya kat UTM ni, saya banyak gak ikut kumpulan usrah. Dan salah satunya adalah kumpulan usrah luar yang rata-ratanya terdiri daripada pelajar UTM gak dari pelbagai kos, tahun dan kolej. Dalam kumpulan usrah ni pun turut ada pensyarah n makcik2 yang sudi berkongsi ilmu dalam usaha membentuk muslimah sejati. Inilah bekalan akhirat yang cuba saya cari. Mungkin dulu saya agak jahil. Tak pernah nak tahu apa yang elok apa yang tak. Semuanya saya bedal j ( uat j tapi tak melanggar hukum agama yang nyata lah…). Antara kenalan yang saya dpat adalah seperti kak jijah ( dialah yang kenalkan saya dengan kumpulan usrah ni), kak aisya, kaka in, kak siti n baru tadi dapat tahu ada gak sahabat usrah dari kolej yang sama. Sebelah blok plak tu. Kecik j dunia ni kan?… Dalam majlis kali ni, nak meraikan kak jijah, kak aisya n kaka in yang dah pun berada lam final year. Kemungkinan besar takkan jumpa diorang dah sem depan. Huhuhu.. sedihlah juga..yelah, penglibatan saya dalam kumpulan ni pun sebab kak jijah dan kak aisya yang selalu datang jemput untuk ke tempat usrah. Bukan tak nak g sendiri, tapi tak pernah tahu pun usrah tu dekat mana. Orang datang amik, dan hantar pulang bila dah abih majlis ilmu…
Dalam majlis perpisahan tu, kitorang selitkan sekali solat maghrib secara berjemaah n buat solat hajat sebab final dah dekat. Next week j. Tadi mak cik aisyah ada berkongsi ilmu skit ngan kitorang. Pasal ilmu. Saya juga berminat dengan hadis yang disampaikan mak cik aisyah tu. Tak dapat salin penuh tapi apa yang saya faham lebih kurang macam ni:
“Menuntut ilmu adalah satu ibadah yang wajib sebagai seorang muslim. Mempelajarinya adalah sebahagian dari tasbih kehidupan kita, mencarinya adalah jihad kita.. Mengajarnya ibarat sedekah dan jariah kita… ilmu adalah teman setia kita disaat kesunyian…rakan semasa kita keseorangan… teman bicara saat kita lapang…senjata kita dalam menghadapi musuh dan melembutkan musuh… perhiasan untuk kita dikala bersama teman… berhati –hati dalam mebaca kerana apa yang kit abaca akan menjadi ilmu kita…”
“ semakin banyak ilmu yang kita ajar dan kongsikan dengan orang lain, semakin banyak fahaman yang kita peroleh. ALLAH akan menganjarkan kita dengan kefahaman.”
Kata kak aisya pula “kita sebagai muslim mendapat satu kelebihan dalam menuntut ilmu jika nak dibandingkan dengan kengkwan non muslim.. 1) dapat ilmu. 2) dapat graduate… 3) dapat pahala dan ditempatkan pada kedudukan yang tinggi di sisi ALLAH..”
Selain kumpulan usrah ni, saya juga join kumpulan usrah dalam KELAB REMAJA UKHUWAH. Naqibah saya kak wani. Dalam kumpulan usrah ni banyak juga ilmu berkenaan akidah dan akhlak yang saya peroleh. Alhamdulillah…sedikit sebanyak saya rasa semakin dekat dengan islam. Secara perlahan-lahan saya cuba menjadi ISLAM sebagai WAY OF LIFE… mungkin saya tak bertudung labuh atau berjubah, tapi selagi saya tahu apa yang ada dalam hati n tetapkan iman saya, saya yakin INSYA –ALLAH.. Hidayah ALLAH tetap sampai pada saya…
Satu lagi kumpulan usrah adalah kumpulan usrah JKM sendiri. Dalam kesibukan melaksanakan tanggungjawab n amanah yang diberi, saya turut diingatkan tentang tanggungjawab dan amanah sebagai muslimah. Macam mana nak jaga adab dan tingkah laku. Akhlak kita dalam melaksanakan tanggungjawab duniawi. Kumpulan usrah JKM ni lebih kearah kekeluargaan. Ada kak hasni sebagai bonda…kak jan sebagai auntie jenny…Sal (Ayong), akmal (Angah), Ros ( Ayang), ana (Uchu) dan saya sendiri sebagai anje…itulah ukhuwah yang cuba kami jalinkan.
Terasa betapa ALLAH masih sayangkan saya. Kalau dulu, jangankan nak dengar ceramah, nak ikut kumpulan usrah dekat sekolah pun saya rasa cam terpaksa jer.. tak dpt nur lagi kot… tapi ALHAMDULILLAH… sekarang rasa tenang jer.. rasa bile pergi jer usrah, seolah-olah ada sinar baru..
Tapi.. buat bonda malah dari sudut agama, anje minta maaf sangat..tak leh nak elakkan dari bermain mesej dengan kawan laki lepas kul 12. Dia yang anje namakan H dan beberapa orang kawan dan junior yang mesej anje lepas kul 12,lelaki mahupun perempuan anje tetap balas. Sebab tu je cara untuk anje terus stay up untuk study. Bkn isi yang kami mesej tu yang membuatkan anje stay up tapi bila handphone bunyi tanda mesej masuk, rasa ngantuk tu terus ilang. Reply msj n sambil tunggu org balas msj kita focus anje dalam study lagi tinggi. Mesti pelikkan? Tapi itulah masalah anje sejak sekolah lagi.
Anje memang suka membaca tapi kalau melibatkan buku2 ilmiah, memang slow sket. Focus tak tetap. anje kena uat something else..lebih kurang 2 work in a same time…dgn cara tu, jgn kata hw, bab2 yang tak pernah atau tak sempat anje telaah lepas kelas pun boleh khatam tinggal nak hafal j mana yang perlu…
unik dan pelikkan cara study saya? Sebab tu saya selalu kata dekat kengkawan yang saya sebenarnya malas nak study. Kalau nak naik juga mood study tu, telinga konfem sumbat dengan earphone. Kadang2 kadang ERA, HOT FM, kalau serabut sangat, buka IKIM.FM. carat u, insya-ALLAH studylah saya. Kalau tak memang selamat tido…huhuhu..
buat kengkawan yang tengah sibuk study, dan ada yang sampai nak lepak ke FKE tu gara-gara blackout tadi, saya doakan semoga kita sama2 beroleh kejayaan baik kejayaan dunia mahupun akhirat.. insya-ALLAH…selamat mengulangkaji pelajaran. Menuntut ilmu itu satu ibadah marilah kita memperbanyakkan ibadah kita. semoga ALLAH lorongkan dan permudahkan kita dalam menjawab peperiksaan nanti..insya-ALLAH..