Memandangkan blogspot lebih mudah untuk diupload gambar, jadi saya wujudkan blog di blogspot supaya dapat berkongsi lebih banyak cerita dan gambar.
http://cintakuntumansyurga.blogspot.com
Memandangkan blogspot lebih mudah untuk diupload gambar, jadi saya wujudkan blog di blogspot supaya dapat berkongsi lebih banyak cerita dan gambar.
http://cintakuntumansyurga.blogspot.com
Sedar tak sedar, satu semester telah hampir ke penghujungya. siapa sangka begitu cepat masa berlalu. begitu banyak juga pengalaman yang diperoleh. awal bulan julai akan datang, saya akan memasuki tahun 3. ini bermakna telah 2 tahun saya melata di bumi KTC. mencari ilmu dan pengalaman.
banyak yang manis. tak kurang juga yang pahitnya. manisnya, bila dilantik menjadi Setiausaha Kerja JKM KTC. sama seperti apa yang diimpikan. kata orang “Tuah ayam nampak di kaki tuah manusia tak siapa yang tahu.” belajar menerima perubahan yang dibawa walaupun terasa diri ini tidak ubah seperti tikus makmal yang sering digunakan dalam uji kaji makmal. tersalah uji, menggelupur mati. mungkin terlalu kasar namun itulah yang dapat saya simpulkan selama satu semester.
bukan niat hendak menunding jari pada sesiapa di atas apa yang berlaku. mungkin sikit sebanyak datangnya dari kelemahan dan kekhilafan diri sendiri. sedih bila memikirkan pimpinan kali ini, seolah tiada rasa seperti ” Cubit paha kanan, paha kiri turut terasa.” terasa seperti suatu kehilangan. apakah pembentukan kali ini tidak berjaya mewujudkan prarasa sebegitu di dalam lubuk hati kami?. di mana hilangnya teman-teman?
duduk seketika bermuhasabah diri, saya mula terfikir. kenapa ini yang terbentuk bukan begitu? kenapa ini yang terjadi bukan sebegini? hendak dimulakan dari mana jika hendak memperbetulkannya? masalah belum selesai, namun datang pula idea dan pembaharuan lain. apakah ini penyelesaian yang cuba dibawa? atau hanya sekadar sebuah propaganda untuk menutup kelemahan yang berlaku? siapa yang memimpin tetapi siapa pula yang bersuara?
apakah sebenarnya definisi seorang pemimpin? bagaimana sebenarnya pimpinan yang ingin dicorakkan? adakah pemimpin yang mampu berfikir dan melaksanakan kepimpinan berdasarkan musyawaarah dan pemikiran komunitinya atau pemimpin yang sekadar pak turut? mengikut sahaja apa yang telah direncanakan? kadang-kadang saya jadi konfius. hati tersangat sayang pada JKM menyebabkan saya merisikokan diri menyertai JKM untuk penggal kedua. namun, apa yang berlaku seolah memudarkan rasa kasih dan sayang yang sebelum ini cukup menebal.
saya tertanya-tanya, apa tindakan mereka yang hendak melakukan perubahan ke atas kami apabila melihat kami mula terumbang-ambing dalam sampan yang dicipta mereka?. dimana pertolongan mahupun huluran penyelesaian kepada permasalahan yang mereka bawakan? bagaikan sebuah boneka kepimpinan. masakan tidak, sehingga hampir habis satu semester menggalas amanah, masih ada yang kebingunggan dengan portfolio yang dipegang. pembaharuan dibuat, namun tindakan hanya diharapkan pada kami yang menggalas. di mana slogan mereka-mereka untuk membantu kala kami kesusahan?
ramai diluar sana yang bersuara mengatakan kami bermasalah. namun tak ramai pula yang tampil memberikan penyelesaian. adakah kami akan menjadi bahan ujikaji makmal yang gagal. yang akhirnya dibuang an dicampak ke luar? secara peribadi, ada rasa tidak puas hati. namun saya bukanlah seorang yang bijak mengatur kata-kata. mungkin penulisan tinta lebih berbisa dari sebilah pedang. itu pegangan saya. jika tak mampu diungkap melalui kata-kata, mungkin penulisan mampu meluahkan isi hati.
Pesta Konvo telah pun berlalu. membawa 1001 kisah suka mahupun duka. bohonglah kalau saya katakan ianya berjalan seperti yang dirancangkan. setiap program tak pernah terlepas dari kekhilafan. walaupun ini pengalaman pertama, namun pelbagai rencah dan ragam manusia yang dapat saya temui. kadang-kadang, otak kebingungan memikirkan kenapa prlu wujudnya rasa tidak puas hati atas apa yang orang lain lakukan?. bukankah bumi Allah ini berhak diduduki oleh sesiapa pun?. betapa ego manusia terlalu tinggi sehinggakan langsung tidak memikirkan perihal orang lain. apa yang difikirkannya hanyalah kepentingan peribadi. apa yang saya katakan, walaupun dua perkara yang berbeza namun membawa kepada matlamat dan isi kata yang serupa.
sedih sebenarnya bila memikirkan apa yang telah berlaku. perubahan demi perubahan yang dibawa tidak langsung membawa kepada suatu manfaat. apa yang dimulakan, banyak yang dibiarkan bergantung. persoalan demi persoalan timbul. namun jawapan yang diterima hanyalah “Fikirkanlah sendiri.”
Begitulah ayat yang tertera pada banner besar yang tergantung indah di Kolej Tuanku Canselor,Universiti Teknologi Malaysia sejak beberapa minggu lalu. Tidak dinafikan, kehadiran banner itu mengundang pandangan pengguna jalan raya yang lalu di situ. Besarnya banner menunjukkan betapa besarnya semangat AJK-AJK pelaksana dalam usaha untuk melaksanakan program yang sememang-memangnya dinantikan keseluruhan warga UTM. Ramai yang akan tertanya-tanya,program apakah itu? Nantikan sengatannya? Sengatan siapa? Lebah besar yang menjadi maskot pilihan kami kah? Bermaskotkan Sang Ratu Madu, KTC sekali lagi ingin melaksanakan Pesta Konvokesyen UTM ke 42. Edisi kesepuluh selepas buat julung kalinya menganjurkan program seumpamanya, 10 edisi yang lalu, iaitu Pesta Konvokesyen ke-32.
Sejak sebelum berakhirnya tahun 2008 lagi, gerak kerja untuk melaksanakan Pesta Konvokesyen ini telah dilaksanakan. Barisan MT di kalangan warga KTC dipilih. Seawal tahun 2009, gerakan mencari AJK lain diteruskan. Dah sehingga kini, gerak kerja masih dilaksanakan dalam usaha menghasilkan sesuatu yang baik untuk semua orang.
Tidak salah jika saya mengambil kesempatan ini, mengajak anda-anda di luar sana untuk datang memeriahkan Pesta Konvokesyen UTM ke-42 ini yang akan diadakan pada 26Mac sehingga 31 Mac. Ajaklah teman-teman anda yang lain. Bawa bersama keluarga untuk memeriahkan Tapak Pesta Konvo di Padang Kawad PALAPES,Universiti Teknologi Malaysia. Saya mewakili, barisan AJK mengalu-alukan kedatangan anda bagi memeriahkan lagi acara..Bersama NANTIKAN SENGATANNYA…..
Siapa sangka, kreativiti manusia ni kadang-kadang terlalu meluas. melihatkan chocolate dalam gambar sebelah, terasa seakan terliur. kalau boleh sekarang juga nak ke kedai tuk dapatkan bar-bar chocolate yang besar-besar tu. biar puas rasa hati. tapi, kalau dah chocolate dicairkan dan dibentuk pula menjadi sekuntum rose koko, macam mana nak makan? macam tak sanggup jer nak masukkan ke dalam mulut. tapi kalau tak makan, chocolate akan tetap cair. dan akhirnya merubah bentuk. macam kita belajar fizik dulu. dari pepejal bile dikenakan suhu yang tinggi akan merubah bentuk menjadi cecair. begitulah kisahnya dengan chocolate yang nampak enak untuk dimakan ini.. mungkin tak orang hadiahkan kepada kita jambangan rose chocolate? atau mungkin dijadikan hantaran di hari bersejarah nanti?..hmm..bile tu? pastinya jodoh telah pun ditentukan ilahi..
hai chocolate rose, mungkinkah aku mendapatkanmu..hehehe…
“Larangan Siswa anggotai politik lawan prinsip” begitulah tajuk sebuah artikel yang saya baca di sebuah akhbar tempatan. Pernyataan ini berkaitan dengan AUKU. Kalau sebelum ini saya tidak pernah mengambil kisah atau berminat dengan permasalahan atau akta-akta yang dikeluarkan oleh AUKU, tetapi tajuk inilah yang menjadi percaturan saya untuk membuktikan keupayaan saya berucap di hadapan ramai. Gugup dan gementar itu sudah pasti apabila berada di khalayak ramai, namun tajuk yang perlu saya bentangkan ini menambahkan kegugupan saya. Apa yang saya tahu pasal AUKU? Rasanya kosong. Ini pengakuan jujur. Apa yang perlu saya ucapkan? Kalau AUKU itu pun saya tidak tahu apa, tapi saya tahulah yang AUKU itu adalah singkatan kepada Akta Universiti Kolej Universiti.
Tapi apa yang terkandung dalam AUKU sebenarnya? Memang sesuatu yang memalukan kalau seorang mahasiswa university tempatan seperti saya tidak tahu apa itu AUKU, dan kenapa diwujudkan di Universiti. Tetapi itulah hakikatnya. Tidak melampau jika saya katakan hampir 60% mahasiswa kini tidak pernah mengambil tahu apa itu AUKU. Dari senior-senior saya belajar untuk mengetahui apa itu AUKU. Kenapa AUKU diwujudkan di university, dan apa kelebihan dan keburukan yang diperoleh dari AUKU ini. Pernyataan akhbar oleh Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Saifuddin Abdullah yang juga merupakan bekas Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) berkenaan AUKU 1971 membuka mata saya. Beliau menekankan bahawa Penyertaan mahasiswa dalam politik mampu mempercepatkan kematangan sahsiah dan sangat bermanfaat dalam pembangunan Negara.
Pada masa yang sama beliau juga bersetuju jika mahasiswa dilarang memegang apa-apa jawatan dalam parti politik, tetapi seharusnya mahasiswa ini dibenarkan menganggotai mana-mana parti politik pilihan mereka. Ini kerana larangan mahasiswa menganggotai parti politik dilihat bercanggah dengan prinsip pilihan raya umum apabila mahasiswa yang layak mengundi akan memilih parti politik tertentu. Menurut Datuk Saifuddin lagi, kerajaan akan dilihat atau digelar “double standard” atau tidak adil memandangkan hanya mahasiswa yang menuntut di dalam Negara sahaja yang dilarang menganggotai parti politik sedangkan mahasiswa di luar Negara diberikan kebebasan sebegitu.
Itu tentang AUKU. Ini pula tentang Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN). Menurut Datuk Seri Khalid Mohamed Nordin,Menteri Pengajian Tinggi dalam sebuah akhbar tempatan, Kementerian Pengajian Tinggi akan mengumumkan laporan kemajuan Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara dalam masa yang terdekat ini. Laporan ini memperlihatkan sejauh mana perkembangan pelan terbabit sejak dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi Ogos tahun lalu. Tujuan PSTPN ini dilancarkan adalah untuk meletakkan semula university sebagai gedung melahirkan generasi berilmu selain dilihat dapat memacu Malaysia mencapai Misi Nasional.
Antara agenda menarik yang dilihat dalam satu daripada tujuh teras pelan tindakan tersebut adalah usaha untuk melahirkan 100,000 doktor falsafah atau kelayakan yang setaraf di institute pengajian tinggi (IPT). Agenda ini yang turut dimasukkan dalam Teras Kedua iaitu Menambah Baik Kualiti Pengajaran dan Pembelajaran turut berusaha melahirkan graduan berketrampilan serta mampu diterima dalam pasaran dengan lebih mudah.
Itulah yang dapat saya kongsikan bila saya mula membaca surat khabar. Seingatnya sudah hamper seminggu saya tidak berkesempatan untuk membaca akhbar. Kata orang, dunia makin moden. Maklumat semuanya di hujung jari. Tapi apa yang mampu saya katakan, saya tidak rasa di semua tempat beruntung sebegitu rupa. Walaupun mempunyai kemudahan wireless percuma di kawasan kampus dan kolej, namun saya tidak berjaya mengaksesnya , memandangkan capaiannya yang terlalu terhad. System pembelajaran sekarang pula banyak menggunakan internet. Perlu mengases ke e-learning untuk mendapatkan maklumat-maklumat penting berkenaan subjek yang diambil. Selain itu, perlu juga mendaftar secara online ke Wiley Plus untuk mendapatkan maklumat assignment, tutorial dan segalanya untuk subjek control yang saya ambil. Perkara ini terlalu sukar untuk dilaksanakan kerana kesukaran mencari capaiannya. Kalau dapat pun tak laju. Dan kadang-kadang dengan sendirinya ter’disconnected’. Proses untuk searching maklumat tersangat lambat. Itulah dunia bila semuanya hendak bergantung kepada capaian jalur lebar. Dunia IT yang tersangat moden tetapi sukar dilaksanakan…
Salam UkhuWah…SalAm PErkenalaN…SalaM Buat Semua…
ni 1st time saya uat blOg…At Last berjAya gak Uat blog…dalam Blog ni biorlah saya Bahasakan diri saya sebagai anje…anje memang dah lama nak uat blog sendiri..at least leh publish apa2 yang dirasakan boleh berkongsi dengan sume.. betul tak? perkongsian tu sesuatu yang indah…