Arkib bagi April, 2009

Blogspot

Memandangkan blogspot lebih mudah untuk diupload gambar, jadi saya wujudkan blog di blogspot supaya dapat berkongsi lebih banyak cerita dan gambar.

http://cintakuntumansyurga.blogspot.com

Tinggalkan komen »

hujung Sem….

Sedar tak sedar, satu semester telah hampir ke penghujungya. siapa sangka begitu cepat masa berlalu. begitu banyak juga pengalaman yang diperoleh. awal bulan julai akan datang, saya akan memasuki tahun 3. ini bermakna telah 2 tahun saya melata di bumi KTC. mencari ilmu dan pengalaman.

banyak yang manis. tak kurang juga yang pahitnya. manisnya, bila dilantik menjadi Setiausaha Kerja JKM KTC. sama seperti apa yang diimpikan. kata orang “Tuah ayam nampak di kaki tuah manusia tak siapa yang tahu.”  belajar menerima perubahan yang dibawa walaupun terasa diri ini tidak ubah seperti tikus makmal yang sering digunakan dalam uji kaji makmal. tersalah uji, menggelupur mati. mungkin terlalu kasar namun itulah yang dapat saya simpulkan selama satu semester.

bukan niat hendak menunding jari pada sesiapa di atas apa yang berlaku. mungkin sikit sebanyak datangnya dari kelemahan dan kekhilafan diri sendiri. sedih bila memikirkan pimpinan kali ini, seolah tiada rasa seperti ” Cubit paha kanan, paha kiri turut terasa.” terasa seperti suatu kehilangan. apakah pembentukan kali ini tidak berjaya mewujudkan prarasa sebegitu di dalam lubuk hati kami?.  di mana hilangnya teman-teman?

duduk seketika bermuhasabah diri, saya mula terfikir. kenapa ini yang terbentuk bukan begitu? kenapa ini yang terjadi bukan sebegini? hendak dimulakan dari mana jika hendak memperbetulkannya? masalah belum selesai, namun datang pula idea dan pembaharuan lain. apakah ini penyelesaian yang cuba dibawa? atau hanya sekadar sebuah propaganda untuk menutup kelemahan yang berlaku? siapa yang memimpin tetapi siapa pula yang bersuara?

apakah sebenarnya definisi seorang pemimpin? bagaimana sebenarnya pimpinan yang ingin dicorakkan? adakah pemimpin yang mampu berfikir dan melaksanakan kepimpinan berdasarkan musyawaarah dan pemikiran komunitinya atau pemimpin yang sekadar pak turut? mengikut sahaja apa yang telah direncanakan? kadang-kadang saya jadi konfius. hati tersangat sayang pada JKM menyebabkan saya merisikokan diri menyertai JKM untuk penggal kedua. namun, apa yang berlaku seolah memudarkan rasa kasih dan sayang yang sebelum ini cukup menebal.

saya tertanya-tanya, apa tindakan mereka yang hendak melakukan perubahan ke atas kami apabila melihat kami mula terumbang-ambing dalam sampan yang dicipta mereka?. dimana pertolongan mahupun huluran penyelesaian kepada permasalahan yang mereka bawakan? bagaikan sebuah boneka kepimpinan. masakan tidak, sehingga hampir habis satu semester menggalas amanah, masih ada yang kebingunggan dengan portfolio yang dipegang. pembaharuan dibuat, namun tindakan hanya diharapkan pada kami yang menggalas. di mana slogan mereka-mereka untuk membantu kala kami kesusahan?

ramai diluar sana yang bersuara mengatakan kami bermasalah. namun tak ramai pula yang tampil memberikan penyelesaian. adakah kami akan menjadi bahan ujikaji makmal yang gagal. yang akhirnya dibuang an dicampak ke luar? secara peribadi, ada rasa tidak puas hati. namun saya bukanlah seorang yang bijak mengatur kata-kata. mungkin penulisan tinta lebih berbisa dari sebilah pedang. itu pegangan saya. jika tak mampu diungkap melalui kata-kata, mungkin penulisan mampu meluahkan isi hati.

Pesta Konvo telah pun berlalu. membawa 1001 kisah suka mahupun duka. bohonglah kalau saya katakan ianya berjalan seperti yang dirancangkan. setiap program tak pernah terlepas dari kekhilafan. walaupun ini pengalaman pertama, namun pelbagai rencah dan ragam manusia yang dapat saya temui. kadang-kadang, otak kebingungan memikirkan kenapa prlu wujudnya rasa tidak puas hati atas apa yang orang lain lakukan?. bukankah bumi Allah ini berhak diduduki oleh sesiapa pun?. betapa ego manusia terlalu tinggi sehinggakan langsung tidak memikirkan perihal orang lain. apa yang difikirkannya hanyalah kepentingan peribadi. apa yang saya katakan, walaupun dua perkara yang berbeza namun membawa kepada matlamat dan isi kata yang serupa.

sedih sebenarnya bila memikirkan apa yang telah berlaku. perubahan demi perubahan yang dibawa tidak langsung membawa kepada suatu manfaat. apa yang dimulakan, banyak yang dibiarkan bergantung. persoalan demi persoalan timbul. namun jawapan yang diterima hanyalah “Fikirkanlah sendiri.”

Tinggalkan komen »