Begitulah ayat yang tertera pada banner besar yang tergantung indah di Kolej Tuanku Canselor,Universiti Teknologi Malaysia sejak beberapa minggu lalu. Tidak dinafikan, kehadiran banner itu mengundang pandangan pengguna jalan raya yang lalu di situ. Besarnya banner menunjukkan betapa besarnya semangat AJK-AJK pelaksana dalam usaha untuk melaksanakan program yang sememang-memangnya dinantikan keseluruhan warga UTM. Ramai yang akan tertanya-tanya,program apakah itu? Nantikan sengatannya? Sengatan siapa? Lebah besar yang menjadi maskot pilihan kami kah? Bermaskotkan Sang Ratu Madu, KTC sekali lagi ingin melaksanakan Pesta Konvokesyen UTM ke 42. Edisi kesepuluh selepas buat julung kalinya menganjurkan program seumpamanya, 10 edisi yang lalu, iaitu Pesta Konvokesyen ke-32.
Sejak sebelum berakhirnya tahun 2008 lagi, gerak kerja untuk melaksanakan Pesta Konvokesyen ini telah dilaksanakan. Barisan MT di kalangan warga KTC dipilih. Seawal tahun 2009, gerakan mencari AJK lain diteruskan. Dah sehingga kini, gerak kerja masih dilaksanakan dalam usaha menghasilkan sesuatu yang baik untuk semua orang.
Tidak salah jika saya mengambil kesempatan ini, mengajak anda-anda di luar sana untuk datang memeriahkan Pesta Konvokesyen UTM ke-42 ini yang akan diadakan pada 26Mac sehingga 31 Mac. Ajaklah teman-teman anda yang lain. Bawa bersama keluarga untuk memeriahkan Tapak Pesta Konvo di Padang Kawad PALAPES,Universiti Teknologi Malaysia. Saya mewakili, barisan AJK mengalu-alukan kedatangan anda bagi memeriahkan lagi acara..Bersama NANTIKAN SENGATANNYA…..
Mazniha berkata,
Mac 2, 2009 @ 3:32 am
ASkm.. mcm ana nak sewa geari di pesta konvo ..nanti? no contact ? nak hubungi saiapa? tolong yer..
Mazniha berkata,
Mac 2, 2009 @ 3:33 am
nak hubungi siapa untuk sewa tapak gerai jualan di tapak konvo nanti?
anjesolehah berkata,
Mac 19, 2009 @ 7:47 am
jualan lot gerai dah dibuat awal bulan Mac ari tu. tapi maklumat lanjut, bleh rujuk unit gerai, Saudara Azfar 013-7047404
ayong berkata,
Mac 27, 2009 @ 6:40 pm
menarik tajuk forum anjuran ajk konvo kali ini. teringat kata2 ustazah (panel) tadi, “dah elok2 buat forum,lepas ni jgn pula buat konsert kt sini”
nk tambah ckit dari kata2 ustazah 2…da elok2 buat forum,jgn la dicampur dgn program2 lagho…
kalo kte pk2,tiap kali musim pesta konvo musti musim ujan…kebetulan ke atau Allah nk tnjukkn sesuatu?hmm,skadar pndangan pribadi jer….renung2kan dan selamat beramal ^_^