Hari Asyuraa…..

BUBUR ASYURA
[versi manis ]

bahan
1 biji keledek
1 biji keladi
2 biji pisang nangka
1 liter santan [1 biji kelapa]
1 cawan gula pasir
1 cawan gula merah
1 tin jagung manis
1 cawan kacang hijau [rebuskan]
1/2 cawan sagu [basuh dan toskan]
1/2 cawan tepung beras
1 helai daun pandan

cara
1. Keledek, keladi dan pisang dipotong dadu
2. Rebuskan kedelek dan keladi. Toskan
3. Jerangkan santan dengan gula merah, gula pasir dan daun pandan sehingga larut.
4. Masukkan semua bahan dan tepung beras.
5. Sentiasa kacau supaya tidak bergentel.
6. Masukkan sagu dan kacau sehingga pekat dan kental.
7. Bila sagu nampak jerneh tuangkan dalam loyang dan sejukkan.
8. Bila sejuk boleh dipotong dan hidangkan.

ini resepi yang saya download dari internet..tak jauhlah sangat bezanya dengan resepi yang mak saya bagi.. niat tahun ni, nak kacau bubur asyuraa versi utara setelah sekian lama asyik mengacau bubur asyuraa versi johor. dah rindu sngt nak makan bubur asyura utara. tapi tak ramai yang reti buat. saya pun tahu tengok je org buat. yelah, kalau kat kawasan perumahan tu, ramai orang-orang tua, manalah dia nak bagi budak-budak kacau. jadi tukang tengok dan tukang makan jelah akhirnya..huhuhu..

17 Jan nanti, kolej saya nak uat program hari asyuraa..dengan beraninya dan mengambil risikonya, saya setuju untuk mengetuai aktiviti masak bubur syura ni. mak sempat pesan. buat elok-elok. kalau tak jadi, malu nanti. memang kat rumah ada basic masak-memasak. tapi kat rumah periuk belanga kecik je. kalau nak dibandingkan dengan kat kolej nak masak guna kawah..

“Ya Allah, Moga Engkau permudahkan segala urusanku pada hari tersebut. muge aku diberikan ketenangan untuk melaksanakan amanah ini dengan sebaiknya.”

Kawah besar..o kawah besar…lalala…

p1190562qj0
puas mencari gambar bubur asyura utara. cuma bezanya, resepi mak saya, tak masukkan sagu. lebih kepada khasiat kekacang. penuh karbohidratlah katakan..

kalau menjadi, dapatlah merasa bubur asyura tahun ni. muge2 menjadi. tak nak doa yang lain-lain..ameen..

2 Respons sehingga kini »

  1. 1

    farizi berkata,

    em.. sedapnyer bubur asyura kedah ni.. ni yg nak cari orang kedah ni..hehe

    • 2

      anjesolehah berkata,

      hohoho..terima kasih2..muge bertemu orang kedah…harap2 semuanye makan dengan enak sekali. nak uploada bubur syura yang buat hari tu, tak sempat lagi..tapi nasi goreng tu pun sedap gak. nak lagi3x..


RSS Komen · URI Trackback

Katakan