RM85,Durian Burung Dan 3 JAM

16 ogos~17 Ogos 2008….

Cuti mid sem bermula. Memang best. Tambahan pula bagi orang yang dah lama tak pulang ke rumah ni. Hampir tiga bulan jugalah saya tak balik rumah. Nak kata rumah saya jauh sangat.tak juga. Maklumlah, zaman sekarang, yang jauh boleh jadi dekat. Yang lama pula boleh jadi sekejap. Nak dijadikan cerita, cuti mid sem kali ni saya minta tolong kawan lama yang sekarang menjadi abang sepupu saya. Kebetulan dia belajar di Larkin. Jadi dia tidak kisah untuk membelikan tiket bas untuk saya. Selamat satu perkara. Tak perlu nak fikirkan masa bila nak ke sana untuk membeli tiket. Katanya tiket bas di larkin naik harganya. Masakan tidak, bas double decker Durian Burung yang sering menjadi pilihan saya untuk perjalanan ke Utara telah naik kepada RM85 daripada RM65. Macam tak munasabahkan? Nak dibuatkan cerita lagi, sewaktu perjalanan menuju ke Utara, saya terdengar pihak Durian burung bersembang dengan salah seorang penumpang ekoran kelambatan mereka mengambil kami di KL. Itu cerita lain. Nanti saya sambung. Pihak Dueian Burung sendiri tersangat terkejut bila mendengarkan yang kami membeli tiket pada harga RM85. Katanya di pihak pengurusan harga belum naik setinggi itu lagi. Double deck dari Perlis ke KL sendiri baru RM46. Jadi, ini bermakna dari johor ke kedah, dua kali perlis ke KL. Mahal tu! Tapi sebab nak balik sangat-sangat cuti ni saya tak kisah. Janji saya balik. Jumpa mak abah dan adik-adik. Tak salah pelaburan sebanyak tu untuk berjumpa keluarga. Tapi rasanya untuk journey yang akan datang, saya nak buat double trip. Maksud saya, saya nak naik bas dari JB ke KL dan sambung dari KL ke AS. Kata orang, dimana ada kemahuan, di situ ada jalan.

Nak tahu apa yang jadi pada perjalanan menuju utara kali ini? Bolehlah saya katakana bahawa “this is the worst journey in my life.” Bukannya apa, sesampai di Larkin, saya dimaklumkan oleh pihak kaunter bahawa Bas double deck yang sepatutnya kami naik itu rosak. Bungkam saya seketika? Macam-macam perkara mula bermain di benak fikiran saya. Kemudian pihak berkenaan menyambung kata. Menurutnya, pihak mereka menyediakan bas persiaran untuk kami tapi sampai KL sahaja. Dari KL akan ada bas Double deck yang “TUNGGU” kami. Kenapa saya highlihgtkan perkataan TUNGGU? Tunggu ya!. Lepas itu, saya Tanya semula. Bagaimana dengan harga tiket? Macam tak logic jer. Kami bayar dengan harga RM85 tetapi perlu naik bas persiaran. Walaupun hanya sampai KL tapi itu dah makan separuh daripada perjalanan kami menuju ke utara. Tapi katanya, harga tiket tetap sama. Dan pihak mereka yang rugi banyak. Salah kami ke sebagai pengguna kalau mereka yang rugi? Mestilah tak kan? Malas saya nak berperang mulut dengan pihak di kaunter, saya hanya akur sahaja. Lebih kurang pukul 9.30malam, kami bergerak beramai-ramai menuju ke bas persiaran yang dimaksudkan oleh mereka. Sungguh mengecewakan. Masakan tidak, kami membayar pada harga yang mahal dan mengharapkan sesuatu yang selesa, tapi apa yang kami dapat sangat tidak menyelesakan. Terdapat orang yang membeli 4 tiket untuk 4 seat. Tapi yang dia dapat hanya 3 seat. Jelas kedengaran kata-katanya, “Saya tak halal lagi satu ni.!” Ketidakpuasan hati timbul bila hati pengguna tidak dapat dipuaskan. Hampir pukul 10 baru bas yang kami naik bergerak. Setengah jam lambat dari waktu sepatutnya.

Sangka saya, pertukaran bas akan berlaku di PUDU. Tapi rupa-rupanya, mereka memberhentikan kami di Petronas Teknologi Park. Antara di Serdang atau memang dah sampai ke KL. Kami sampai di situ dalam pukul 3.15pagi. dalam keadaan mengantuk dan mamai, kami diarahkan turun oleh pemandu bas. Pada mulanya, saya dan seorang penumpang di tepi saya tidak mahu turun. Khuatir kalau ditipu. Tapi apabila pengguna lain mengatakan semula arahan itu, kami akur juga. Dengan berat hati, kami turun. Ada seorang ibu beranak dua yang mana anaknya masih kecil dan sedang tidur nyenyak itu meminta budi bicara pemandu bas tersebut untuk membiarkan anak-anaknya tidur di dalam bas sementara menunggu bas double deck durian burung yang dijanjikan itu sampai. Pada awalnya, mereka katakana bas akan datang pada pukul 3.30 pagi. Setalah hampir setengah jam menanti, kelibat bas langsung tidak kelihatan. Pihak bas persiaran pula mula bising-bising. Menyuruh baki penumpang yang masih diam di dalam bas untuk turun. Berlaku pertengkaran kecil di antara penumpang dan pihak bas persiaran. Masakan tidak, menurut seorang penumpang yang telah menghubungi pihak durian burung, kami diarahkan untuk duduk di dalam bas sementara menunggu bas mereka sampai. Sekitar jam 4.30~5.00am. tapi, pihak bas persiaran pula mengarahkan kami untuk mengosongkan bas tersebut. Katanya, mereka perlu mengambil penumpang di lumut pula. Mana boleh macam tu! Dahlah diletakkan kami di tepi jalan ntah dekat mana-mana, tiba-tiba dia nak lepas tangan macam tu je. Duit dia dah ambil, tanggunggjawab dia nak lepaskan macam tu je. Beberapa penumpang yang lebih tua dari saya mula mempersoalkan tindakan yang hendak diambil pemandu itu. akhirnya dia terpaksa akur dengan permintaan beberapa orang penumpang.

Jam melepasi pukul 5.00am tapi bas tak juga kelihatan. Perasaan kantuk semakin mencengkam. Nak tidur macam tu jerk at tepi jalan, terasa malu. Iyelah, saya ni anak dara. Jujurnya. Takkan nak tidur tepi jalan pula. Perasaan malu tu tetap ada. Saya tahankan juga mata. Sepanjang tiga jam terkandas tu, saya sempat berkenalan dengan seorang penumpang. Namanya tidak pula saya tanyakan memandangkan dia pun tidak kisah tentang siapa saya. Yang penting kami kenal satu sama lain dan tidak berasa takut sangat bila berteman. Memandangkan saya dan dia pulang berseorangan. Mungkin ini adalah ujian daripada ALLAH untuk menguji sejauh mana kesabaran kami. Kami difahamkan bas yang akan mengambil kami ini datang dari UTARA. Mereka bertolak sama dengan kami bertolak dari JB. Hampir pukul 6.45 pagi barulah bas yang dinanti-nantikan kami tiba.sebaik naik atas bas saya terus tidur. Penat dan mengantuk yang menguasai diri membuatkan saya lupa tentang sekeliling. Yang penting, perasaan mengantuk dalam diri dapat diatasi. Alhamdullillah, walaupun lambat 5 jam dari kebiasaan. Saya bersyukur kerana selamat sampai. Memandangkan keadaan pemandu bas yang penat kerana terpaksa memandu perjalanan terus dua hala itu. kebiasaannya saya sampai di rumah sekitar 8.30~9.00pagi. tapi hari ini, saya sampai rumah dalam pukul 2.30 tengahhari. Dan cuti saya bermula.

Katakan