AUKU,PSTPN dan wireless…

“Larangan Siswa anggotai politik lawan prinsip” begitulah tajuk sebuah artikel yang saya baca di sebuah akhbar tempatan. Pernyataan ini berkaitan dengan AUKU. Kalau sebelum ini saya tidak pernah mengambil kisah atau berminat dengan permasalahan atau akta-akta yang dikeluarkan oleh AUKU, tetapi tajuk inilah yang menjadi percaturan saya untuk membuktikan keupayaan saya berucap di hadapan ramai. Gugup dan gementar itu sudah pasti apabila berada di khalayak ramai, namun tajuk yang perlu saya bentangkan ini menambahkan kegugupan saya. Apa yang saya tahu pasal AUKU? Rasanya kosong. Ini pengakuan jujur. Apa yang perlu saya ucapkan? Kalau AUKU itu pun saya tidak tahu apa, tapi saya tahulah yang AUKU itu adalah singkatan kepada Akta Universiti Kolej Universiti.

Tapi apa yang terkandung dalam AUKU sebenarnya? Memang sesuatu yang memalukan kalau seorang mahasiswa university tempatan seperti saya tidak tahu apa itu AUKU, dan kenapa diwujudkan di Universiti. Tetapi itulah hakikatnya. Tidak melampau jika saya katakan hampir 60% mahasiswa kini tidak pernah mengambil tahu apa itu AUKU. Dari senior-senior saya belajar untuk mengetahui apa itu AUKU. Kenapa AUKU diwujudkan di university, dan apa kelebihan dan keburukan yang diperoleh dari AUKU ini. Pernyataan akhbar oleh Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Saifuddin Abdullah yang juga merupakan bekas Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) berkenaan AUKU 1971 membuka mata saya. Beliau menekankan bahawa Penyertaan mahasiswa dalam politik mampu mempercepatkan kematangan sahsiah dan sangat bermanfaat dalam pembangunan Negara.

Pada masa yang sama beliau juga bersetuju jika mahasiswa dilarang memegang apa-apa jawatan dalam parti politik, tetapi seharusnya mahasiswa ini dibenarkan menganggotai mana-mana parti politik pilihan mereka. Ini kerana larangan mahasiswa menganggotai parti politik dilihat bercanggah dengan prinsip pilihan raya umum apabila mahasiswa yang layak mengundi akan memilih parti politik tertentu. Menurut Datuk Saifuddin lagi, kerajaan akan dilihat atau digelar “double standard” atau tidak adil memandangkan hanya mahasiswa yang menuntut di dalam Negara sahaja yang dilarang menganggotai parti politik sedangkan mahasiswa di luar Negara diberikan kebebasan sebegitu.

Itu tentang AUKU. Ini pula tentang Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN). Menurut Datuk Seri Khalid Mohamed Nordin,Menteri Pengajian Tinggi dalam sebuah akhbar tempatan, Kementerian Pengajian Tinggi akan mengumumkan laporan kemajuan Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara dalam masa yang terdekat ini. Laporan ini memperlihatkan sejauh mana perkembangan pelan terbabit sejak dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi Ogos tahun lalu. Tujuan PSTPN ini dilancarkan adalah untuk meletakkan semula university sebagai gedung melahirkan generasi berilmu selain dilihat dapat memacu Malaysia mencapai Misi Nasional.

Antara agenda menarik yang dilihat dalam satu daripada tujuh teras pelan tindakan tersebut adalah usaha untuk melahirkan 100,000 doktor falsafah atau kelayakan yang setaraf di institute pengajian tinggi (IPT). Agenda ini yang turut dimasukkan dalam Teras Kedua iaitu Menambah Baik Kualiti Pengajaran dan Pembelajaran turut berusaha melahirkan graduan berketrampilan serta mampu diterima dalam pasaran dengan lebih mudah.

Itulah yang dapat saya kongsikan bila saya mula membaca surat khabar. Seingatnya sudah hamper seminggu saya tidak berkesempatan untuk membaca akhbar. Kata orang, dunia makin moden. Maklumat semuanya di hujung jari. Tapi apa yang mampu saya katakan, saya tidak rasa di semua tempat beruntung sebegitu rupa. Walaupun mempunyai kemudahan wireless percuma di kawasan kampus dan kolej, namun saya tidak berjaya mengaksesnya , memandangkan capaiannya yang terlalu terhad. System pembelajaran sekarang pula banyak menggunakan internet. Perlu mengases ke e-learning untuk mendapatkan maklumat-maklumat penting berkenaan subjek yang diambil. Selain itu, perlu juga mendaftar secara online ke Wiley Plus untuk mendapatkan maklumat assignment, tutorial dan segalanya untuk subjek control yang saya ambil. Perkara ini terlalu sukar untuk dilaksanakan kerana kesukaran mencari capaiannya. Kalau dapat pun tak laju. Dan kadang-kadang dengan sendirinya ter’disconnected’. Proses untuk searching maklumat tersangat lambat. Itulah dunia bila semuanya hendak bergantung kepada capaian jalur lebar. Dunia IT yang tersangat moden tetapi sukar dilaksanakan…

3 Respons sehingga kini »

  1. 1

    sunah mohammad berkata,

    salam ziarah..menarik isu AUKU yg diperdebatkan..jd patut atau tidak mahasiswa menganggotai mana2 parti poitik?

  2. 2

    sunah mohammad berkata,

    admin xmo reply ke? hehe

    • 3

      anjesolehah berkata,

      Mesti dah lama kak sunah tunggu saya reply kan? sorylah..budak baru blajar blogging..internet pun cam nazak jer… saya cam tak berminat ngan isu AUKU ni..cam lagi meriah jer kalau cakap pasal politik kolej yang serabut ntah apa2 tu..hohoho…


RSS Komen · URI Trackback

Katakan