Arkib bagi Julai 29, 2008

Kehidupan & warna di sekeliling kita..

Warna- warna kehidupan…

Di suatu masa, warna-warna dunia mulai bertengkar. Semua mengganggap dirinyalah yang terbaik, yang paling penting, yang paling bermanfaat dan yang paling disukai.

Hijau berkata, “Akulah yang terpenting! Aku adalah petanda kehidupan dan harapan, aku dipilih untuk mewarnai rerumputan, pepohonan dan dedaunan. Tanpa aku, semua haiwan akan mati. Lihatlah ke pedalaman, aku adalah warna yang menghiasi kawasan itu.”

Biru menyampuk, “Kamu hanya fikirkan tentang bumi. Pertimbangkanlah langit dan lautan yang luas. Airlah yang menjadi dasar kehidupan dan awan mengambil kekuatan dari kedalaman lautan. Langit memberikan ruang dan kedamaian serta ketenangan. Tanpa kedamaian, kamu semua tidak akan menjadi apa-apa.”

Kuning pula bersuara, “Kenapa kamu semua kelihatan benar-benar serius? Aku membawa tawa, kesenangan dan kehangatan bagi dunia. Matahari berwarna kuning, dan bintang-bintang berwarna kuning. Setiap kali kau melihat bunga matahari, seluruh dunia mulai tersenyum. Tanpa aku, dunia tidak ada kesenangan.”

Oren menyusul, “Aku adalah warna kesihatan dan kekuatan. Aku jarang- jarang kelihatan, tetapi aku berharga kerana aku mengisi keperluan kehidupan manusia. Aku membawa vitamin-vitamin terpenting. Aku tidak ada di mana-mana setiap saat, tetapi aku mengisi lazuardi saat fajar atau saat matahari terbenam. keindahanku begitu menakjubkan hingga tak seorang pun dari kalian akan terbetik di fikiran orang.”

MERAH tidak boleh berdiam lebih lama dan berteriak, “Aku adalah pemimpin kalian. Aku adalah darah-darah di kehidupan! Aku adalah warna bahaya dan keberanian. Aku berani untuk bertempur demi suatu kuasa. Aku membawa api ke dalam darah. Tanpa aku, bumi akan kosong laksana bulan. Aku adalah warna hasrat dan cinta, mawar merah, poin sentia dan bunga poppy.”

UNGU bangkit dan berdiri setinggi-tingginya ia mampu. Ia memang tinggi dan berbicara dengan keangkuhan, “Aku adalah warna kerajaan dan kekuasaan. Raja, pemimpin memilih aku sebagai petanda kekuasaan dan kebijaksanaan. Tidak seorang pun menentangku. Mereka mendengarkan dan menuruti kehendakku.”

Akhirnya BIRU GELAP berbicara perlahan dari yang lainnya, namun kekuatan niat yang sama, “Fikirkanlah tentang aku. Aku warna diam. kalian jarang memperhatikan adaku, namun tanpaku kalian semua manjadi dangkal. Aku mempersembahkan pemikiran dan refleksi, matahari terbenam dan kedalaman laut. Kalian memerlukan aku untuk keseimbangan dan perbezaan, untuk doa dan ketenteraman batin.”

Semua warna terus menyombongkan diri, masing-masing yakin akan kepentingan dirinya. Perdebatanmereka menjadi semakin keras. Tiba-tiba, sinar halilintar melintas membutakan. Guruh menggelegar. Hujan mulai turun, warna-warna terkedu bersama ketakutan, berdekatan satu sama lain mencari ketenangan.

Di tengah suara gemuruh, hujan berbicara, “Hai warna-warna yang tolol! Kalian bertengkar satu sama lain, masing-masing ingin mendominasi yang lain. Tidakkah kalian tahu bahawa kalian masing-masing diciptakan untuk tujuan khusus, unik dan berbeza? Berpegangan tanganlah dan mendekatlah kepadaku!”

Menurut perintah, warna-warna berpegangan tangan mendekati hujan, yang kemudiannya berkata, “Mulai sekarang, setiap kali hujan turun, maisng-masing dari kalian akan membusurkan diri sepanjang langit bagai busur warna sebagai pengingat bahawa kalian semua dapat hidup bersama dalam kedamaian. Pelangi adalah petanda harapan hari esok.”

Jadi setiap kali HUJAN deras turun membasahi dunia dan saat pelangi memunculkan diri di angkasa marilah kita MENGINGAT untuk selalu MENGHARGAI satu sama lain. MASING-MASING KITA MEMPUNYAI SESUATU YANG UNIK, KITA SEMUA DIBERIKAN KELEBIHAN UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN DI DUNIA DAN SAAT KITA MENYEDARI PEMBERIAN ITU MELALUI KEKUATAN VISI KITA, KITA MEMPEROLEH KEMAMPUAN UNTUK MEMBENTUK MASA DEPAN….

Persahabatan itu bagaikan pelangi

Merah bagaikan buah epal, terasa manis di dalamnya,

Jingga bagaikan kobaran api yang tak akan pernah padam.

Kuning bagaikan mentari menyinari hari-hari kita.

Hijau bagaikan tanaman yang tumbuh subur,

Ungu bagaikan kuntuman bunga yang merekah,

Biru bagaikan air jernih alam,

Biru gelap bagaikan mimpi-mimpi yang mengisi kelabu..

Salam ukhuwah,

-sara-

-fillah Abadan abada-

Tinggalkan komen »

AUKU,PSTPN dan wireless…

“Larangan Siswa anggotai politik lawan prinsip” begitulah tajuk sebuah artikel yang saya baca di sebuah akhbar tempatan. Pernyataan ini berkaitan dengan AUKU. Kalau sebelum ini saya tidak pernah mengambil kisah atau berminat dengan permasalahan atau akta-akta yang dikeluarkan oleh AUKU, tetapi tajuk inilah yang menjadi percaturan saya untuk membuktikan keupayaan saya berucap di hadapan ramai. Gugup dan gementar itu sudah pasti apabila berada di khalayak ramai, namun tajuk yang perlu saya bentangkan ini menambahkan kegugupan saya. Apa yang saya tahu pasal AUKU? Rasanya kosong. Ini pengakuan jujur. Apa yang perlu saya ucapkan? Kalau AUKU itu pun saya tidak tahu apa, tapi saya tahulah yang AUKU itu adalah singkatan kepada Akta Universiti Kolej Universiti.

Tapi apa yang terkandung dalam AUKU sebenarnya? Memang sesuatu yang memalukan kalau seorang mahasiswa university tempatan seperti saya tidak tahu apa itu AUKU, dan kenapa diwujudkan di Universiti. Tetapi itulah hakikatnya. Tidak melampau jika saya katakan hampir 60% mahasiswa kini tidak pernah mengambil tahu apa itu AUKU. Dari senior-senior saya belajar untuk mengetahui apa itu AUKU. Kenapa AUKU diwujudkan di university, dan apa kelebihan dan keburukan yang diperoleh dari AUKU ini. Pernyataan akhbar oleh Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Saifuddin Abdullah yang juga merupakan bekas Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) berkenaan AUKU 1971 membuka mata saya. Beliau menekankan bahawa Penyertaan mahasiswa dalam politik mampu mempercepatkan kematangan sahsiah dan sangat bermanfaat dalam pembangunan Negara.

Pada masa yang sama beliau juga bersetuju jika mahasiswa dilarang memegang apa-apa jawatan dalam parti politik, tetapi seharusnya mahasiswa ini dibenarkan menganggotai mana-mana parti politik pilihan mereka. Ini kerana larangan mahasiswa menganggotai parti politik dilihat bercanggah dengan prinsip pilihan raya umum apabila mahasiswa yang layak mengundi akan memilih parti politik tertentu. Menurut Datuk Saifuddin lagi, kerajaan akan dilihat atau digelar “double standard” atau tidak adil memandangkan hanya mahasiswa yang menuntut di dalam Negara sahaja yang dilarang menganggotai parti politik sedangkan mahasiswa di luar Negara diberikan kebebasan sebegitu.

Itu tentang AUKU. Ini pula tentang Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN). Menurut Datuk Seri Khalid Mohamed Nordin,Menteri Pengajian Tinggi dalam sebuah akhbar tempatan, Kementerian Pengajian Tinggi akan mengumumkan laporan kemajuan Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara dalam masa yang terdekat ini. Laporan ini memperlihatkan sejauh mana perkembangan pelan terbabit sejak dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi Ogos tahun lalu. Tujuan PSTPN ini dilancarkan adalah untuk meletakkan semula university sebagai gedung melahirkan generasi berilmu selain dilihat dapat memacu Malaysia mencapai Misi Nasional.

Antara agenda menarik yang dilihat dalam satu daripada tujuh teras pelan tindakan tersebut adalah usaha untuk melahirkan 100,000 doktor falsafah atau kelayakan yang setaraf di institute pengajian tinggi (IPT). Agenda ini yang turut dimasukkan dalam Teras Kedua iaitu Menambah Baik Kualiti Pengajaran dan Pembelajaran turut berusaha melahirkan graduan berketrampilan serta mampu diterima dalam pasaran dengan lebih mudah.

Itulah yang dapat saya kongsikan bila saya mula membaca surat khabar. Seingatnya sudah hamper seminggu saya tidak berkesempatan untuk membaca akhbar. Kata orang, dunia makin moden. Maklumat semuanya di hujung jari. Tapi apa yang mampu saya katakan, saya tidak rasa di semua tempat beruntung sebegitu rupa. Walaupun mempunyai kemudahan wireless percuma di kawasan kampus dan kolej, namun saya tidak berjaya mengaksesnya , memandangkan capaiannya yang terlalu terhad. System pembelajaran sekarang pula banyak menggunakan internet. Perlu mengases ke e-learning untuk mendapatkan maklumat-maklumat penting berkenaan subjek yang diambil. Selain itu, perlu juga mendaftar secara online ke Wiley Plus untuk mendapatkan maklumat assignment, tutorial dan segalanya untuk subjek control yang saya ambil. Perkara ini terlalu sukar untuk dilaksanakan kerana kesukaran mencari capaiannya. Kalau dapat pun tak laju. Dan kadang-kadang dengan sendirinya ter’disconnected’. Proses untuk searching maklumat tersangat lambat. Itulah dunia bila semuanya hendak bergantung kepada capaian jalur lebar. Dunia IT yang tersangat moden tetapi sukar dilaksanakan…

Komen (3) »