Arkib bagi Jun, 2008

meh baca…

LELAKI ACUAN AL-QURAN

Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Seorang Lelaki

Yang Beriman

Yang Hatinya Disaluti Rasa Taqwa Kepada Allah SWT
Yang Sentiasa Haus Dengan Ilmu
Yang Sentiasa Dahaga Dengan Pahala
Yang Solatnya Adalah Maruah Dirinya
Yang Tidak Pernah Takut Berkata Benar
Yang Tidak Pernah Gentar Untuk Melawan Nafsu

Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki

Yang Menjaga Tuturkatanya
Yang Tidak Bermegah Dengan Ilmu Yang Dimilikinya
Yang Tidak Bermegah Dengan Harta Dunia Yang Dicarinya
Yang Sentiasa Berbuat Kebaikan Kerana Sifatnya
Yang Pelindung Yang Mempunyai Ramai Kawan
Dan Tidak Mempunyai Musuh Yang Bersifat Jembalang

Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki Yang

Menghormati Ibubapanya Yang Sentiasa Berbakti
Kepada Kedua Orang Tua Dan Keluarga
Yang Bakal Menjaga Keharmonian Rumahtangga
Yang Akan Mendidik Anak-Anak Dan Isteri
Mendalami Agama Islam Yang
Mengamalkan Hidup Penuh Kesederhanaan
Kerana Dunia Baginya Adalah Rumah Sementara
Menunggu Akhirat

Lelaki Acuan Al-Quran

Sentiasa Bersedia Untuk Agamanya
Yang Hidup Di Bawah Naungan Al-Quran Dan Mencontohi Sifat Rasulullah SAW
Yang Boleh Diajak Berbincang Dan berbicara
Yang Sujudnya Penuh Kesyukuran Dengan Rahmat Allah Ke Atasnya

Lelaki Acuan Al-Quran

Tidak Pernah Membazirkan Masa
Yang Matanya Kepenatan Kerana Kuat Membaca
Yang Suaranya Lesu Kerana Penat Mengaji Dan Berzikir
Yang Tidurnya Lena Dengan Cahaya Keimanan
Yang Bangun Subuhnya Penuh Dengan Kecerdasan Kerana Sehari Lagi Usianya Bertambah Penuh Kematangan


Lelaki Acuan Al-Quran

Sentiasa Mengingati Mati
Yang baginya Hidup Di Dunia Adalah Ladang Akhirat
Yang Mana Buah Kehidupan Itu Perlu Dibajai Dan Dijaga Meneruskan
Perjuangan Islam Sebelum Hari Kemudian

Lelaki Acuan Al-Quran Ialah

Lelaki Yang Tidak Mudah Terpesona Dengan Buaian Dunia Kerana Dia Mengimpikan Syurga Di Situlah Rumah Impiannya Bersama Wanita Acuan Al-Quran.


Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak
Lima Kali;


1. Aku rumah yang terpencil, maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.

2. Aku rumah yang gelap, maka teranglah aku dengan selalu solat malam.

3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu, bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.

4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.

5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, maka banyaklah bacaan “Laa ilaha illallah, Muhammadur Rasulullah”, supaya kamu dapat jawapan kepadanya.


Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya;


1. Dunia itu racun, zuhud itu ubatnya.


2. Harta itu racun, zakat itu ubatnya.


3. Perkataan yang sia-sia itu racun, zikir itu ubatnya.


4. Seluruh umur itu racun, taat itu ubatnya.


5. Seluruh tahun itu racun, Ramadhan itu ubatnya.

Tinggalkan komen »

ucap salam adalah doa…

Ucap salam adalah Doa

Artikel ini saya baca dalam surat khabar metro dalam ruangan tazkirah remaja. Tajuk artikel sahaja sudah cukup untuk menarik hati saya untuk membaca keseluruhan artikel. Dan menjadi kewajipan saya untuk berkongsi artikel ini dengan teman-teman yang lain. Semoga yang baik itu dapat kita kongsi bersama, dan yang buruk itu, kita jadikan teladan.

UCAP SALAM ADALAH DOA ia bukan sekadar ungkapan kasih sayang, tetapi pengharapan agar anda selamat daripada segala derita.

Assalamualaikum! Apa khabar semua? Begitulah permulaan percakapan seorang muslim, sunat diawali dengan salam. Makna “Assalamualaikum” ialah semoga Allah menyelamatkan dan memberikan kesejahteraan ke atas kamu. Salam dalam bentuk ucapan adalah ungkapan yang bersifat amalan digunakan untuk memperkenalkan diri atau menyapa orang lain.

Hukum memberi salam sunat tetapi menjawabnya wajib. Salam dalam bentuk gerakan, antaranya adalah berjabat tangan atau disebut juga bersalaman, mengangguk, cium tangan, cium pipi dan melambaikan tangan. Allah s.w.t berfirman dalam surah al-Hasyr, ayat 23, maksudnya: Dialah Allah, tiada tuhan melainkan Dia; Yang Menguasai; Yang Maha Suci; Yang Maha Sejahtera; Yang Melimpahkan Keamanan; Maha Pengawal; Maha Kuasa; Maha Kuat; Memiliki segala kebesaran. Maha Suci Allah dari segala yang mereka sekutukan.

Di dalam ayat ini,as-Salam (Maha Sejahtera) adalah satu daripada nama agung Allah s.w.t. Sebelum terbitnya fajar islam, orang arab biasanya menggunakan ungkapan lain seperti “Hayakallah” yang ertinya semoga Allah menjagamu tetap hidup. Kemudian Islam memperkenalkan “Assalamualaikum” ertinya semoga kamu terselamat daripada segala duka, keuslitan dan nestapa.

Ibnu Al-Arabi di dalam kitabnya “Al-Ahkamul Quran” mengatakan salam adalah satu cirri Allah s.w.t dan bererti semoga Allah menjadi pelindungmu. Jangan pandang remeh pada ucapan salam. Disebabkan tidak memahami kedudukan ucapan “Assalamualaikum”, ucapan selamat pagi atau good morning lebih selesa diungkapkan. Betapa besarnya makna salam dan ungkapan “Assalamualaikum”. Elok kita dalami makna salam. Antaranya:

Ø Salam bukan sekadar ungkapan kasih sayang tetapi juga doa pengharapan agar anda selamat daripada segala macam duka derita. Tidak seperti kebiasaan orang Arab yang mendoakan untuk tetap hidup atau selamat pagi yang sudah selamat. Kita yang belum mendapat jaminan selamat sepatutnya didoakan. Salam juga mendoakan agar hidup kita bukan sahaja selamat tetapi supaya mendapat penuh kebaikan.

Ø Salam mengingatkan kita semua bergantung kepada Allah s.w.t. Tidak ada satu pun makhluk yang boleh mencelakai atau memberikan manfaat kepada sesiapapun, juga tanpa perkenan Allah s.w.t

Ø Perhatikanlah, ketika seseorang ,mengatakan kepada anda “Aku berdoa semoga kamu sejahtera.” Maka ia menyatakan dan berjanji, yang anda aman daripada tangan(perlakuannya), lidahnya(lisan) dan ia akan menghormati hak hidup, kehormatan serta harga diri anda.

Maknanya, orang yang mengucapkan salam itu memberikan penyataan yang ‘kamu tidak terancam dan aman sepenuhnya daripada diriku.’ Kesimpulannya, salam bererti mengingatkan (zikir) Allah dan mengingatkan diri. Ungkapan kasih sayang antara sesama muslim adalah doa yang istimewa dan pernyataan atau pemberitahuan yang “anda aman daripada bahaya tangan dan lidahku.”

Mulai sekarang, jangan berpisah dengan ucapan “Assalamualaikum” sebab kelebihannya sangat hebat. Abdullah bin Mas’ud r.a meriwayatkan, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, maknanya;

“Salam adalah salah satu asma(nama) Allah s.w.t yang telah Allah turunkan ke bumi, maka tebarkanlah salam. Ketika seseorang member salam kepada yang lain, darjatnya ditinggikan di hadapan Allah. Jika jemaah suatu majlis tidak menjawab salamnya maka makhluk yang lebih baik dari merekalah(yakni para malaikat) yang menjawab ucapan salam.” (Musnad Al Bazar, Al Mu’jam Al Kabir oleh At Tabrani).

Abu Hurairah , meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Orang kikir yang sebenar-benarnya kikir ialah orang yang kikir dalam menyebarkan salam.”

Begitulah besarnya ungkapan “Assalamualaikum”. Pada teman-teman yang sudi membaca, sebarkanlah pada teman-teman yang lain. Hayatilah ungkapan salam yang sebenar-benarnya. Semoga kita hidup dalam suasana yang penuh dengan kasih sayang dan saling mendoakan.

Tinggalkan komen »